Friday, June 29, 2012

Tug Of War / Tarik Tali KUSESS 2012

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
 Ada yang menangis , ada yang kejang , ada yang kebas kaki , kebas tangan  , ada menjerit kekecewaan , ada yang menjerit kegembiraan dan macam-macam lagi .... Itulah suka duka Tarik Tali atau Tug OF WAr di KUSESS ... SElain acara kawad kaki , acara tarik tali adalah salah satu tradisi sukan yang harus dimenangi oleh rumah sukan ... Acara yang menunjukkan kejantanan ( agaknyalah ) ... SEmua rumah nak menang , terutamanya bagi yang berada di tahun akhir di KUSESS ...
  Sukan tarik tali ini bukan hanya suka-suka nak menang atau nak tunjuk siapa lebih hebat tetapi sukan yang memerlukan persiapan yang rapi ... Fizikal dan mental ... BUkan main redah sahaja atau sekali dua latihan dah mantap ... SEbab itulah fenomena kejang , kebas , koyak otot atau tergeliat otot kerap terjadi setiap kali selepas pertandingan tarik tali ...
    Di Malaysia Pasukan dari PDrM dianggap yang terbaik ... Petua-petua yang diamalkan oleh mereka untuk berjaya adalah latihan , latihan , latihan , latihan dan latihan ... Disiplin dan akhir sekali semangat berpasukan ...
  Harap tahun depan bakal-bakal atlit tarik tali akan melebihkan latihan ya ... Badan yang besar atau otot yang berkepal-kepal tidak membuktikan pasukan itu akan menang . Sebaliknya yang paling asas untuk menang adalah latihan dan percaya pada nasihat guru  .... Jangan tak percaya ...
Keputusan Tarik Tali 2012

Naib Juara --- Rumah Waja
Juara --- Rumah Perdana
                     


Ketiga --- Rumah Wira

Keempat --- Rumah Satri
      





       
                 




 Yang kalah cuba lagi tahun depan ... Gambare ....

Wassalam & また

No comments:

Post a Comment