Friday, June 22, 2012

Cheras ke Banting dah mudah

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Apa 1 jam dah sampai Ke Banting  ?  Betul tak tipu ...  Jika anda dari Cheras ke Banting dalam masa 1 jam anda sudah boleh sampai di Banting ... Tapi ada syarat-syaratnya ....
  1. Melalui Highway SKVE ....
  2. Highway SKVE keluar persimpangan Teluk Panglima Garang ...
  3. Tidak terperangkap dalam kesesakkan di dalam KL ...
  4. Highway mesti kena bayar Tol ...
Tip sikit .... Bila kita pulang dari Banting dan menghala ke Cheras . Semasa tiba di Putrajaya untuk mengelakkan kesesakan di UPM , Mines , Bandar Tasik Selatan digalakkan ikut arah Kajang ... Semasa persimpangan ke Hospital Serdang kita harus bersedia ke kiri jalan ... Apa yang sensei rasakan seminggu ini ... Kiri jalan lebih lancar ...  Kita masuk persimpangan ke Cheras dan Saujana Impian ...  Melalui Tol Sg Balak ... Keluar di persimpangan Saujana Impian ... Menuju ke Cheras kereta tidak  banyak berbanding KL menuju ke Kajang ... Jadi anda akan dapati perjalanan  lebih lancar ...

Jumlah bayaran Tol mengikut Jalan yang anda ikut
  1. Mines Rm1.30 sen dan Tol Teluk Panglima Garang  (TPG)Rm 3.90 ... ( Rm 5.20 )
  2. Highway Sg Besi UPM 1.60 dan TPG Rm 3.90 ( Rm 5.50)
  3. TPG Rm 3.90 Tol Sg Balak Rm 1.00 dan Tol Metramek Kajang 90 sen ( Rm 5.80 )
Pilih yang anda suka ... Bagi sensei balik ke Cheras lebih lancar jika mengikut ke arah Kajang lebih best tidak terperangkap di dalam jem .... Dah jimat minyak tu ...

* Anda boleh juga mengikut jalan lama atau Lebuhraya @@@ ( tak pasti ) tapi banyak trafic light dan banyak lori-lori besar .

Wassalam & また

No comments:

Post a Comment