Wednesday, August 25, 2010

Tanggungjawab Sebagai Pengguna

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan diri dan keluarga. Kebanyakkan pengguna sendiri kurang peka kepada hak-hak mereka. Pengguna yang bijak perlu tahu membuat imbangan antara tanggungjawab sebagai pengguna dan dalam masa yang sama menuntut apa-apa yang sepatutnya menjadi hak mereka.
 Pengguna harus sedar bahawa mereka diberikan pilihan untuk memilih atau membeli barangan tanpa paksaan atau ugutan. Pengguna harus sedar mereka mempunyai tempat untuk mengadu sekiranya berlaku penyelewengan ketika proses jual beli.
 Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu menjadi pengguna yang bijak ?
Wassalam & また 

60 comments:

  1. supaya pengeluar berhati-hati dengan barangan yang meraka jual kepada pengguna-penguna yang lain,dan ini sekali gus dapat menjadikan rakyat malaysia sebagai rakyat yang peka akan setiap benda yang dibeli,,;)

    ReplyDelete
  2. pada pendapat saya, jika saya menjadi pengguna yang bijak saya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan atau menjadi contoh kepada generasi akan datang. saya juga dapat menjadi pengguna yang dapat meningkatkan nama baik negara dan mengurangkan penipuan yang akan berlaku di negara kita.

    ReplyDelete
  3. pada pandangan saya, kita perlu menjadi pengguna yang bijak supaya kita tidak mudah tertipu dengan peniaga yang cuba mengambil kesempatan ke ats pengguna seperti kita.kita juga perlu mempelajari cara2 untuk menjadi pengguna yang bijak.

    ReplyDelete
  4. mempunyai pengetahuan sebagai pennguna merupakan perkara yang sangat dituntut pada zaman era modenisasi ini. kita perlu menjadi pennguna yang bijak agar kita tidak mudah ditindas. ada sesetengah peniaga yang sering melakukan penipuan semasa berjual beli. jadi, jika kita bukan seorang yang daif maka kita dapat menjadi pennguna yang berani bersuara untuk menuntut hak kita sebagai pengguna.

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya,kita perlu menjadi pengguna yang bijak kerana ia dapat menjamin kehidupan yang baik dan teratur kepada kita.Kita perlulah pandai memilih barang yang berkualiti dan barang tersebut mestilah untuk keperluan hidup.Pengguna yang bijak penting untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju terutama dari segi ekonominya.Oleh itu,kita sebagai rakyat perlulah bijak dalam membuat sesuatu keputusan untuk kepentingan diri,masyarakat dan negara.

    ReplyDelete
  6. Sebagai pengguna kita perlu menjadi seorang pengguna yang bijak kerana pengguna yang bijak mampu untuk mengalakkan dirinya daripada tertipu oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Pengguna yang bijak mampu menggunakan semua hak-hak pengguna dengan semaksimumnya untuk melindungi dirinya dan orang lain daripada tertipu.

    ReplyDelete
  7. pada pendapat saya,pengguna yang bijak akan melancarkan lagi sistem kepenggunaan yag sedia ada.selain itu, ekonomi negara akan terus maju jika tiada penindasan atas pengguna oleh pemborong atau sebagainya.justeru, saya berharap agar kita sebagai rakyat Malaysia dapat menjadi pengguna yang bijak.sekian.

    ReplyDelete
  8. Sebagai pengguna, kita seharusnya bijak ketika membeli sesuatu barangan atau seumpamanya yang melibatkan nilai wang bagi mengelakkan diri daripada tertipu oleh pihak peniaga. Selain itu, kita juga haruslah bijak membelanjakan wang supaya kita tidak akan mengalami kegawatan ekonomi dalam kehidupan kita pada masa ini termasuklah pada masa hadapan ....sekian,assalamualaikum....=P

    ReplyDelete
  9. pada pandangan saya,kita pperlu menjadi pengguna yang bijak agar kita tidak mudah ditipu.hal ini kerana pada zaman moden dan canggih inni para perniaga hanya memikirka sola keuntungan dan tidak memikirkan kesan yang akan terjadi pada para pengguna.oleh itu kita sebagai pengguna perlu tahu hak-hak kita sebagai pengguna dan perlu bijak dalam memilih barangan.sekiranya tidak,banyak kesan buruk yang akan terjadi pada kita dan para perniaga mengaut keuntungan.justeru kita sebagai pengguna perlu bijak dan peka terhadap hak pengguna kerana ia amat penting dalam kehidupan seharian kita sebenarnya.

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Kenapa kita perlu menjadi pengguna bijak?
    Supaya kita tidak tertipu dan membazir wang kita.
    Kita perlu buktikan bahawa rakyat Malaysia bukan tunggul. Kita ada sebagai pengguna untuk bertindak. Itu sahaja yang mampu terangkan.
    Sesiapa ada bantahan, silakan.
    saya bukan manusia sempurna.
    Sekian,

    ReplyDelete
  11. kita perlulah menjadi pengguna yang bijak agar kita tidak menjadi mangsa kepada pengusaha mahupun peniaga yang rakus mengejar keuntungan.

    ReplyDelete
  12. 4D5-AMIRUL
    semua pengguna inginkan kesenangan dalam urusan seharian. kita perlu bijak membeli barangan berkualiti dan membuat perbandingan harga. oleh itu,sebarang penyelewengan tidak mudah berlaku. tambahan pula,kita harus memilih perkhidmatan terbaik agar pilihan kita tepat. ini akan menjamin kesejahteraan rakyat bersama.

    ReplyDelete
  13. 4d10-tageM biqaN namiAAugust 25, 2010 at 12:52 PM

    kita sebagai pengguna yg berwawasan seharusnya mempunyai sifat kebijaksanaan dalam diri kita supaya kita tidak dijadikan boneka oleh pihak yg terlibat.Misalnya,kita haruslah bijak ketika proses jual beli supaya kita mendapat manfaat sepenuhnya sebagai pengguna dan tidak diseleweng oleh peniaga.Oleh itu,sama-samalah kita menjadi pengguna yg bijak..demi kepentingan bersama....fikirkan!

    ReplyDelete
  14. pada pandangan saya,kita perlu menjadi pengguna yang bijak untuk memperoleh kepuasan tehadap apa yang kita miliki.jika kita menganggap perkara ini sebagai remeh-temeh,ramai pihak akan mengambil kesempatan ke atas diri kita.kita perlu berani untuk menuntut hak kita.pengguna yang bijak akan sentiasa disegani orang ramai

    ReplyDelete
  15. 4D-03 aida nursyakiraAugust 25, 2010 at 12:53 PM

    pada pandangan saya , kita perlu menjadi pengguna yang bijak agar kita tidak ditindas oleh orang lain terutamanya penjual yang suka mengambil kesempatan terhadap pengguna yang kurang bijak . sekiranya menjadi pengguna yang bijak maka penjual tidak akan dapat menipu atau mengambil kesempatan terhadap diri kita .

    ReplyDelete
  16. 4D-1 frenchfriesrfreakAugust 25, 2010 at 12:53 PM

    pada pandangan saya, kita perlu menjadi pengguna yg bijak supaya...:
    - kita tidak mudah tertipu dengan pihak-pihak yang mengambil kesempatan dan mementingkan keuntunngan.
    -mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai bagaimana urusniaga dijalankan dalam kehidupan seharian.
    -bukan sahaja dapat membantu para pelajar menyelesaikan masalah-masalah pengguna, malah membentuk sahsiah pelajar-pelajar agar lebih inisiatif dan inovatif untuk menarik perhatian pelajar ke arah menjadi pengguna yang berwawasan tinggi.

    sekian...=D

    ReplyDelete
  17. pada pendapat saya, kita harus jadi seorang pengguna yang bijak supaya kita tidak mudah ditipu oleh pihak yang kebanyakkanya suka mengambil kesempatan sekarang ini. oleh itu, kes penipuan di negara kita dapat dikurangkan.

    ReplyDelete
  18. kita perlu menjadi pengguna yang bijak supaya kita dapat menilai sesuatu barangan yang hendak dibeli samada baik ataupunh buruk.kita juga dapat mnengelak daripada ditipu dan dianiaya.

    ReplyDelete
  19. 4 d-6-aqmalbudrizmustakimAugust 25, 2010 at 12:54 PM

    Kita perlu menjadi pengguna yg bijak supaya kita tidak mudah tertipu dengan peniaga.Sama ada kita sedar atau tidak,kebanyakan peniaga pada masa ini sering menipu pelanggannya dengan pelbagai cara.Oleh itu,kita hendaklah meningkatkan kesedaran diri masing-masing untuk mempelajari tentang cara-cara menjadi pengguna yang bijak.

    ReplyDelete
  20. kita perlu menjadi pengguna yang bijak kerana ia merupakan hak kita. kita perlu mengelakkan diri kita dari ditindas oleh para peniaga di negara ini. elakkan dari ditipu kerana ia akan merugikan wang dan masa kita. oleh itu, jadilah pengguna yang bijak. renung-renungkan, selamat mencuba...

    ReplyDelete
  21. sebagai rakyat malaysia kita perlulah menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemah. ini memudahkan kita untuk membeli barangan, yang paling penting kita tidak mudah ditipu oleh para penjual. pengguna yang bijak melatih rakyat malaysia agar sentiasa berhati-hati dna berhemah, seklaigus melatih penjual agar tidak mudah menipu.

    ReplyDelete
  22. pada zaman kini,manusia sering ditipu,contohnya,pertandingan gores dan menang.perkara ini jelas menunjukkan kita supaya menjadi pengguna yang bijak dan tidak membiarkan diri kita alpa dengan ganjaran yang boleh memudaratkan pengguna.kita juga harus berani menegakkan hak kita agar orang lain tidak berani untuk menipu kita.apabila difikir-fikirkan semula,siapa lagi yang ingin menegakkan hak kita kalau bukan kita sendiri.

    ReplyDelete
  23. Kita sebagai pengguna haruslah menjadi pengguna yan bijak supaya kita tidak mudah ditipu oleh segolongan peniaga yang tidak bertanggungjawab.Oleh yang demikian, kita telah dibekalkan dengan hak untuk bersuara demi menyatakan pendapat masing-masing.Apatah lagi pada zaman moden ini, semua orang ingin merasakan keuntungan sendiri.Walaupun yang demikian, kita mestilah berani untuk menegakkan hak kita sebagai pengguna yang bijak supaya hak kita adil sama rata.

    ReplyDelete
  24. Disebabkan kita hidup sebagai seorang pengguna.Kita mestilah menjadi pengguna yang bijak dengan menggunakannya sepenuhnya hak yang ada.Ini dapat mengelakkan kita daripada tertipu.

    ReplyDelete
  25. pada saya, kita perlu menjadi pengguna/ pembeli yang bijak supaya diri kita tidak mudah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.selain itu, kita juga akan dapat berbelanja dengan selesa,selamat dan dapat menikmati setiap apa yang dibelanjakan.setiap pengguna perlu tahu hak-hak mereka supaya tidak akan mengalami masalah atau kerugian dalam melabur wang dalam kehidupan seharian. pengguna yang bijak akan tahu berbelanja secara berhemah. oleh itu, saya berharap agar masyarakat dapat menjadi pengguna yang bijak supaya pengguna akan mendapat faedahnya secara menyeluruh.

    ReplyDelete
  26. Kita sangatlah perlu untuk menjadi pengguna yang sangat bijak lagi peka.Peka dengan perkembangan hal -hal dunia perniagaan ini.Hal ini supaya kita tidak tertipu dengan peniaga-peniaga yang sentiasa hanya tahu untuk mengaut keuntungan berbanding mementingkan kesenangan kita.Jadi kita haruslah menjadi pengguna yang bijak dengan sentiasa menegakkan hak-hak kita.Tambahan pula,ada persatuan khusus untuk menegakkan hak-hak pengguna jadi,anda boleh mengadu pada persatuan tersebut.Oleh itu,jadilah pengguna yang bijak serta peka....

    ReplyDelete
  27. kita perlu mnenjadi pengguna yang bijak untu mengelak daripada ditipu dan dianiaya oleh penjual atau peniaga, di samping mengelakkan duit kita melayang begitu sahaja.

    ReplyDelete
  28. assslamualaikum!!!!!!!!!!!!!
    kita sbgai pengguna hrus peka!!!
    dan bertanggungjawab.....

    ReplyDelete
  29. kita harus menjadi pengguna yang bijak untuk mengelakkan daripada ditipu oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  30. pada pendapat saya, kita haruslah menjadi pengguna yang bijak agar kita tidak tertipu oleh pihak penjual. sesungguhnya otak manusia ini sangat bijak. jadi kita haruslah berjaga jaga agar tidak tertipu dengan tipu helah mereka.

    ReplyDelete
  31. ohayou!
    bagi saya,kita perlu menjadi pengguna yang bijak adalah untuk mengelakkan diri kita daripada ditipu atau tertipu oleh peniaga atau penjual.selain itu,untuk memberi kepuasan kepada diri kita sendiri untuk mendapat produk yang TERBAIK!!

    ReplyDelete
  32. 23-amalina mazlan
    salam,
    pada pendapat saya, kita perlu manjadi pengguna yang bijak agar peniaga tidak memikirkan bahawa pengguna ini boleh dipermainkan dan boleh menaikkan harga barangan sawenang-wenangnya.selain itu kita, tidak boleh ditipu oleh peniaga.oleh sbb itu kite kena melihat dahulu barangan tersebut berkualiti atau tidak.
    SEMUA NYA TERPULANG KEPADA PENGGUNA!!!
    FIKIRKANLAH...
    sekian terima kasih..

    ReplyDelete
  33. 4M-32 NABILLA

    pada pendapat saya, kita perlu menjadi pengguna yg bijak kerana kita tidak boleh digunakan oleh pihak yg ingin mengambil kesempatan. kita mesti tegas dlm menegakkan hak kita sebagai pengguna. kita mesti bijak dalam mempertahankan hak sebagai pengguna.

    ReplyDelete
  34. hmmmm....
    jadilah pengguna yang bijak supaya kite tidak ditipu oleh orang2 yg suke mengambil kesempatan...

    ReplyDelete
  35. wassalam..
    bukan nk ckap ape arr
    tp jadila pengguna yg bijak
    hee~

    ReplyDelete
  36. 4M- fathin fatheha

    pada pandangan saya ,kita perlu menjadi pengguna yang bijak kerana kita sebagai pengguna mempunyai hak terhadap segala barangan yang digunakan oleh kita. kita juga perlu bijak supaya pengguna tidak ditindas dan ditipu oleh sesetengah pengedar dan penjual barangan.

    ReplyDelete
  37. SALAM SEJAHTERA...
    KITA PERLU MENJADI PENGGUNA YANG BIJAK KERANA SEBAGAI PENGGUNA KITA MEMPUNYAI PELBAGAI HAK DALAM MEMBANGUNKAN SEKTOR-SEKTOR YANG MELIBATKAN PENGGUNA...

    NAMA: ANIS MAHZUZ KELAS: 4 MUTIARA

    ReplyDelete
  38. 4m-fatin liyana

    pada pendapat saya kita perlu menjadi pengguna yang bijak supaya peniaga pada hari ini tidak menindas pengguna di negara kita. oleh itu sama-samalah kita menjadi pengguna bijak.

    ReplyDelete
  39. ohaiyou sensei (:
    saya ber pendapat kita perlu menjadi pengguna yang bijak kerana hak kita sebagai pengguna perlu ditegakkan bagi megelakkan kita mudah ditipu oleh mereka yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  40. kita prlu jd pngguna yg bjak sbb kita beli guna duit sndiri . jd kita ada hak sama ada nk beli / x nk. peniaga x leh nk paksa mlh diorg cume bleh pujuk je. so bnde nie mmng hak kita n diorg x leh nk prtikai. jd pkir2knlah & guna hak / keistimewaan dgn baik...

    ReplyDelete
  41. 4M22_namakusyakirfcAugust 26, 2010 at 9:02 AM

    Pada pendapat saya, kita haruslah menjadi pengguna yang bijak agar kita menjadi lebih peka dengan harga barangan di sesebuah tempat. Hal ini kerana terdapat sesetengah peniaga yang sewenang-wenangnya mengambil kesempatan ke atas pengguna yang tidak tahu hak mereka sebagai pengguna. Oleh itu, kita harus menjadi penggguna yang bijak agar kita tidak mudah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  42. 4m4 Anis Khairunnisa binti Husdin :)August 26, 2010 at 9:02 AM

    Pada pandangan saya , kita harus menjadi pengguna yang bijak kerana jika kita pandai dan sentiasa mengetahui berita semasa , kita tidak mudah diperkotak-katikkan sebagai pengguna . Sudah tentu penjual akan lebih berhati-hati kerana mereka tahu kita adalah pengguna yang bijak dan jika kita melaporkan kesalahan mereka kepada pihak atasan , periuk nasi mereka akan musnah . Jadi kita sebagai pengguna seharusnya prihatin akan persekitaran kita dan hadirkan diri di kempen pengguna agar kita dapat mengetahui tips-tips sebagai pengguna yang bijak . Majulah rakyat untuk negara !! :)
    Anne Dean <3

    ReplyDelete
  43. 4m10-`IFFAH

    pada pendapat saya, kita perlu menjadi pengguna yang bijak kerana dapat memberi faedah kepada kita. sekian, wasalam.

    ReplyDelete
  44. 4M-33-Shuhada
    Pada pendapat saya , kita patut menjadi seorang pengguna yang bijak supaya kita tidak tertipu dengan tipu helah peniaga . Kita juga dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan harmoni kerana barangan yang dibeli berkualiti baik .

    ReplyDelete
  45. 4m wan nurnadya syuaizznAugust 26, 2010 at 9:03 AM

    assalamualaikum dan salam satu malaysia.

    pada pandangan saya kita perlu menjadi pengguna yang bijak kerana kita mempunyai hak-hak yang tertentu untuk meningkatkan lagi kualiti ekonomi negara. sekiranya pengguna hanya sering ditipu dan dianiaya oleh penjual, sampai bila malaysia akan menjadi maju? oleh itu, sedarlah pengguna-pengguna malaysia sekalian bahawa hak kita sebagai seorang pengguna bukan hanya sekadar kebaikan diri sendiri malah negara kita ini. HIDUP PENGGUNA MALAYSIA!!

    untuk maklumat lebih lanjut mengenai menjadi pengguna bijak, anda bolehlah melayari lawan web tersebut:

    http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2010/7/22/mstar_rencana/20100722163443&sec=mstar_rencana

    ReplyDelete
  46. pada pendapat saya , kita seharusnya menjadi pengguna yang bijak agar hidup kite sentiasa terhindar daripada gejala tipu daya oleh penjual . kita seharusnya bersama - sama peka terhadap perkara ini supaya dapat mencegah gejala negatif yang telah berleluasa di negara kita . :)

    ReplyDelete
  47. salam.
    pada pandangan saya, kita perlu menjadi pengguna yang bijak itu adalah tanggungjawab kita agar ekonomi negara ini dapat dimajukan lagi kerana kita sebagai pengguna mempunyai hak-hak kita untuk memberi pandangan dan idea yang bernas. hal ini juga untuk mengelakkan kita sebagai pengguna daripada ditipu . kita akan mendapat yang terbaik dengan menyedari hak kita sebagai pengguna . insyallah.

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. Pada pendapat saya,kita perlu menjadi pengguna yang bijak supaya kita tidak mudah ditipu dan dianiaya.Di samping itu,kita tidak akan menggunakan wqang kita dengan sewenang-wenangnya menunjukkan kita sebagai pengguna mempunyai hak masing-masing.

    ReplyDelete
  50. atiqqah 4m

    agar kemajuan Malaysia disanjung oleh negara lain, pengguna yang bijak amat dituntut pada masa kini agar kita sebagai pengguna tidak tertindas oleh propaganda palsu.wahai pengguna jadilah pengguna yang bijak.

    ReplyDelete
  51. A'limah-4M
    kita harus menjadi pengguna yang bijak supaya kita tidak ditindas oleh penjual yang hanya mahukan keuntungan semata mata. kita sepatutnya peka dan praktikkan kesemua hak yang kita ada sebagai pengguna!

    ReplyDelete
  52. sebab kita ada hak sebagai pengguna.

    ReplyDelete
  53. 4m-25
    kita perlu mnjdi pgguna yg bijak agar kita tidk mdh ditipu oleh pihak peniaga.dgn ini kita blh mempertahankan hak kita sbgi pengguna.

    ReplyDelete
  54. 4M - 13 Mohamad HafizanAugust 26, 2010 at 9:09 AM

    kite harus mnjadi pengguna yg bijak kerana jika kita tidak melakukan apa yang kita harus lakukan, hak-hak kita sbagai pengguna tidak akan diambil kira. jangan lepaskan peluang yang ade. sentiasa buat ape yg kita nk buat. contoh, jika kita nak membuat report tentang kantin, buat dengaan bersungguh-sungguh. jangan buat tak habis. nanti usaha yang dilakukan sia-sia.

    ReplyDelete
  55. pengguna harus bijak menggunakan kelebihan yg diberikan.Jgn mudah terpedaya dgn tipu helah penjual yg kekadang ingin mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  56. 4M26 ;D

    salam..
    pada pandangan saya , setiap antara kita perlu menjadi pengguna yang bijak. hal ini kerana , adalah tanggungjawab kita untuk melaporkan segala penyelewengan yang dilakukan oleh peniaga. kita berhak memilih dan membeli barangan dan perkhidmatan yang berkualiti , tetapi bukan dengan cara paksaan atau ugutan. jika hal ini berlaku, kita perlu segera melaporkan kepada pihak yang berkenaan.
    =)

    ReplyDelete
  57. sebagai rakyat malaysia yang bijak dan berdedikasi jadilah pengguna yang bijak dan bertanggunjawab!

    ReplyDelete
  58. jamilah binti shamsudin 11 4mutiaraAugust 26, 2010 at 9:30 AM

    Salam;
    pada pandangan saya,kita perlu menjadi pengguna yang bijak agar kita tidak senang diperbodohkan.Oleh itu,sebarang kesulitan oleh barang tersebut haruslah diteliti.

    ReplyDelete
  59. supaya kita dapat menuntut hak kita dan tidak menghadapi kesulitan dalam urusan seharian kita

    ReplyDelete
  60. pada pendapat saya, kita perlulah bijak menjalankan tanggungjawab sebagai pengguna supaya kita tidak akan mudah ditipu oleh pengusaha2 yg hanya mementingkan keuntungan mereka sahaja ..zaman yg semakin maju menyebabkab pengguna semakin tidak peka dgn hak mereka sebagai pengguna ..akibatnya ,ia akan memudaratkan kesihatan seterusnya ekonomi negara tidak akan maju

    ReplyDelete