Saturday, August 21, 2010

Adakah Anda Tahu Hak Anda Sebagai Pengguna

Assalamualaikum & Salam Sejahtera & Ohayou...
 Kita selalu mendengar dan membaca di  media-media cetak mahupun elektronik mengenai hak pengguna selalu diabaikan. Adakah anda tahu sebenarnya sebagai pengguna, kita mempunyai pelbagai hak.
 Di Malaysia kerajaan telah menubuhkan satu Tribunal Tuntutan Pengguna bagi membantu pengguna mendapatkan hak. Tribunal ini akan mendengar aduan dan tuntutan yang dikemukakan oleh pengguna. Hak-hak pengguna adalah terdiri daripada :-

1. Hak untuk memilih
2. Hak untuk menyuarakan pendapat
3. Hak untuk mendapat ganti rugi
4. Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang bersih dan selamat
5. Hak kepada keselamatan

 Sila pilih salah satu hak-hak pengguna di atas dan huraikan secara ringkas.

Wassalam & また 

59 comments:

  1. HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT

    Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, nilai kebebasan bersuara di kalangan rakyat (pengguna) amatlah sinonim dengan pemerintahan yang ada. Dalam konsep kepenggunaan pula, hak menyuarakan pendapat bermaksud hak untuk menyuarakan pendapat sama ada secara individu atau melalui perwakilan. Dengan hak tersebut pengguna dapat menyalurkan idea, komen atau menentukan dasar-dasar kerajaan dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam penyediaan barang dan perkhidmatan kepada pengguna.

    ReplyDelete
  2. saya memilih hak utk meddapat ganti gugi.kita sebagai pengguna mempunyai hak untuk mendapat ganti rugi jika kita mem beli barang yang tidak berkualiti atau telah rosak.kita tidak perlu takut untuk bersuara kerana kita mempunyai hak sebagai pengguna.kita perlu berani untuk mendapat kepuasan terhadap barang yang kita beli

    ReplyDelete
  3. 4D5-amirul
    HAK UTK MENDAPAT GANTI RUGI seharusnya diwujudkan di negara ini. hal ini dapat memberikan kesenangan kepada rakyat demi kesejahteraan hidup mereka. oleh itu,rakyat tidak akan dianiayai oleh sebarang kemungkinan selepas daripada ini.

    ReplyDelete
  4. Saya memilih hak untuk memilih kerana jika kita mendapat hak tersebut sudah pasti pilihan kita tepat dan menepati kehendak kita. jadi tidak akan berlaku sebarang masalah di situ seperti barang rosak dan sebagainya.

    ReplyDelete
  5. Hak Untuk Mendapat Ganti Rugi
    Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Pengguna juga berhak mendapat ganti rugi jika kemalangan yang berlaku adalah akibat daripada kecuaian majikan.

    ReplyDelete
  6. saya memilih hak untuk menyuarakan pendapat:
    kita hidup dalam pelbagai kaum semestinya mempunyai masalah yang akan dihadapi walaupun hanya segelintir masyarakat yang sebegitu.kita seharusnya menghormati sesuatu kaum yang ingin menyuarakan pandangan atau cadangan.sebagai seorang rakyat malaysia, kita harus memupuk perasaan hormat antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  7. HAK UTK MENDAPAT GANTI RUGI perlu diwujudkan di negara ini agar sekiranya dapat memberikan keselesaan dan kesenangan kepada pengguna . sekiranya pengguna membeli barang yg rosak , pengguna berhak menuntut ganti rugi . penjual tidak boleh mengambil kesempatan terhadap pengguna . pengguna harus berani menyatakan hak mereka .

    ReplyDelete
  8. kita sebagai pengguna seharusnya mendapat hak untuk mendapat keselamatan yg terbaik..kerajaan sewajarnya menyediakan sistem keselamatan yg terbaik kepada seluruh rakyat terutamanya di tempat2 seperti sekolah,pusat membeli-belah dan juga tempat rekreasi demi memastikan keselematan rakyat sentiasa terjamin..

    ReplyDelete
  9. Hak untuk mendapat ganti rugi.
    Sebagai pengguna kita patut mendapat hak untuk mendapatkan ganti rugi daripada barangan yang telah rosak atau barangan yang membahayakan kita.Hal ini dapat mengelakkan kita daripada mengalami kerugian akibat daripada kecuaian pembekal barangan tersebut.Kita juga tidak sepatuanya mengamalkan sikap menerima kecuaian yang dilakukan oleh orang lain.

    ReplyDelete
  10. saya memilih hak mendapat ganti rugi.
    sebagai pengguna, saya selayaknya mendapat ganti rugi atas segala barang yang rosak.begitu juga dengan pengguna2 lain, mereka seharusnya berani bersuara untuk mendapat ganti rugi barang2 yang rosak.

    ReplyDelete
  11. HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT.

    kita sememangnya mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat,tetapi perkara yang disuarakan ada batasnya.hal ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum ,agama dan bangsa.setiap perkara yang disuarakan tidak boleh menyantuh perkara yang boleh menyebabkan kaum lain tersinggung dan marah.ini boleh mencetuskan perbalahan antara kaum di negara ini.justeru,kita harus berjaga-jaga dalam menyuarakan pendapat,walaupun kita mempunyai hak untuk berbuat sedemikian.

    ReplyDelete
  12. hak keselamatan:bermaksud hak di mana apabila pengunna menguna kn barangan tersebut barang tersebut selamat dan tidak merbahaya..oleh itu,seharus nya jika anda sebagai pengguna menhadapi mslh dan merbahaya dengan baragan yang anda beli anda seharus nya cepat2 melapor kn kpd pihak yang sewajibnya:)

    ReplyDelete
  13. Kita sebagai pengguna sebenarnya berhak untuk mendapat ganti rugi.Ramai antara pengguna yang telah tertipu apabila barangan yang telah dibelinya telah rosak.Mereka seharusnya mengadu kepada pihak yang bertangguungjawab atau sekurang-kurangnya mengambil langkah untuk mendapatkan ganti rugi.

    ReplyDelete
  14. setiap individu berhak untuk tinggal dlm alam sekitar yang bersih dan selamat. malaysia kini dibanjiri oleh pendatang asing dan mereka sama sekali tidak pedulikan tentang kebersihan di negara ini. begitu juga rakyat malaysia yang mempunyai sikap 'takpe' dalam fikiran mereka. jadi siapa lagi yang akn kisah dengan negara ini kalu bukan rakyat sendiri. tidak ketinggalan isu keselamatan yang semakin teruk dan membimbangkan. kanak-kanak, kaum wanita malh ada remaja lelaki juga menjadi mangsa bunuh,peras ugut,pemerdagangan orang dan sebagainya,,,bila perkara ini akan berubah seperti dahulu semula....

    ReplyDelete
  15. 2.hak untuk untuk menyuarakan pendapat
    -bagi saya, para pengguna sepatutnya diberikan lebih banyak platform untuk menyuarakan pendapat seperti yang ditubuhkan oleh kerajaan malaysia iaitu tribunal tuntutan pengguna.dengan itu, para pengguna boleh mengemukakan sebarang masalah atau memberikan pandangan.sekiranya hubungan dua hala antara pengguna dengan peniaga/pengeluar terjalin kukuh tanpa sekatan, para pengguna akan berasa haknya dilindungi dan masalah negara akan dapat dikurangkan.

    ReplyDelete
  16. Hak untuk mendapat ganti rugi
    Assalamualaikum w.b.t.
    Sebagai seorang pengguna,kita mempunyai hak untuk mendapatkan ganti rugi.Hal ini kerana kita adalah pengguna dan kita perlu mendapat apa yang sepatutnya kita dapat.Pastinya kita mahukan barangan yang baik dan berkualiti dari segi mutunya.Oleh sebab itu,apabila kita mendapat barangan yang tidak berkualiti atau mempunyai masalah lain,kita harus bertindak.Hal ini penting supaya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju.Oleh itu,hak untuk mendapat ganti rugi ini amatlah patut dilaksanakan untuk kepentingan bersama..

    ReplyDelete
  17. negara kita mengalami masalah alam sekitar yang amat serius. antara masalah kita yang serius ialah pemanasan global. namun hanya segilintir pennguna sahaja yang prihatin terhadap masalah ini. kita tidak memikirkan yentang generasi masa hadapan. jadi marilah kita bersama sama menegakkan hak pengguna. chaiyok2!!!

    ReplyDelete
  18. Kita sebagai seorang pengguna seharusnya mendapat hak menyuarakan pendapat dan komen secara terbuka tetapi masih berlandaskan beberapa syarat . Hak ini haruslah dititikberatkan kerana pengguna juga manusia biasa , mereka juga mempunyai pendapat dan idea yg ingin disampaikan . Sepatutnya , pengguna perlu diberi peluang dalam sesuatu mesyuarat atau apa jenis perhimpunan sekalipun untuk memberi pandangan masing - masing . Kerajaan pula tidak sewajarnya mengabaikan pendapat - pendapat yang dikeluarkan oleh pengguna kerana kadang - kala apa yang disampaikan oleh mereka merupakan pendapat yang rasional dan boleh diguna pakai . Malah , tidak semua perkara yang dijalankan oleh pihak kerajaan disenangi oleh pengguna . Maka dengan itu , pengguna bolehlah membuat aduan dsan komen mereka masing - masing .Oleh itu , hak sebagai pengguna untuk menyuarakan pendapat adalah sangat penting . Sekian :)

    ReplyDelete
  19. 4D-25 atiqah mazelanAugust 21, 2010 at 1:02 PM

    hak untuk menyuarakan pendapat sewajibnya ada di negara kita.pengguna perlulah diberi peluang untuk menyuarakan pendapat masing-masing untuk memajukan lagi negara kita yang sedang membangun ini.sememangnya lebih banyak pendapat yang dapat disalurkan lebih banyak penigkatan yang baik dapat diperoleh.oleh itu hak menyuarakan pendapat perlulah diberikan kepada pengguna untuk kepentingan negara.

    ReplyDelete
  20. 3- hak untuk mendapatkan ganti rugi

    sebagai pembeli dan pengguna kita mempunyai hak untuk mendapatkn ganti rugi apabila terdapat kesalahan pada sesuatu barang atau perkhidmatan.
    sebagai seorang penjual pula sepatutnya bersikap jujur dengan perkhidmatan yang diberikan dan barang yang dijual agar tidak terdapt sebarang kesalahan. pengguna tidak perlu berasa bimbang atau ragu2 untuk menyuarakan ketidak puashatian terhadap pembelian, mereka boleh pergi mendapatkn hak sebagia pengguna di premis berkenaan atau melaporkn di tribunal tuntutan pengguna.

    ReplyDelete
  21. HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI sememangnya harus ditekankan oleh pengguna-pengguna.Hal ini supaya kita tidak akan dimanipulasi oleh pembekal mahupun peniaga.Memandangkan pelbagai jenis penipuan telah berlaku dalam dunia perniagaan kini.Jadi,bersama-samalah pengguna-pengguna sekalian menegakkan hak masing-masing.

    ReplyDelete
  22. Sebagai seorang pengguna yang bijaksana,
    kita seharusnya pandai membuat keputusan dan menyuarakan pendapat serta aduan yang membina bagi memelihara hak masing-masing.apatah lagi pada zaman kemerosotan ekonomi kini, masing-masing mahu menjadi untung tanpa menghiraukan orang lain.Janganlah biarkan diri kita ditindas oleh pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab.Jika tidak, diri kita yang akan sengsara.Tidak kira jantina mahupun usia, kita semua mempunyai hak perlindungan kita masing-masing.Jagalah hak kita sebagai pengguna bagi memelihara keamanan hidup yang sejahtera kelak.

    ReplyDelete
  23. HAK MENDAPATKAN GANTI RUGI=Pengguna berhak mendapatkan ganti rugi atas sebab-sebab berikut:
    a) barangan yang dibeli tidak berada dalam keadaan baik.
    b) barangan yang dibeli mengandungi bahan asing yang boleh membahayakan kesihatan
    c) mutu barangan tidak seperti yang dijanjikan atau diiklankan
    d) barang yang dibeli memudaratkan kepada pengguna.
    Pengguna juga berhak mendapat pampasan jika pengguna ditimpa kemalangan ketika berada di kedai peniaga akibat kecuaian peniaga.

    ReplyDelete
  24. 16 4D - ~IzaazHazmii~August 21, 2010 at 1:11 PM

    Salam,
    Hak kepada keselamatan adalah antara hak yang penting.Tanpa hak kepada keselamatan, pengguna akan tidak selamat.Nyawa pengguna akan terancam.
    Itu sahaja yg saya tahu tentang Hak kepada keselamatan,
    sekian,

    ReplyDelete
  25. HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT..bagi pengguna yang bertanggungjawab,perkara ini amat penting kerana ianya menggambarkan kita sebagai pengguna yang prihatin.kita juga haruslah diberikan peluang untuk bersuara dan menyuarakan pendapat masing-masing agar kebajikan pengguna lebih terjaga malah kerajaan juga harus menyokong teguh perkara ini agar perkara yang tidak diingini berlaku.perkara ini juga dapat menjamin kehidupan rakyat yang aman dan harmoni.

    ReplyDelete
  26. HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI.....
    Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya mendapat hak ganti rugi kerana berkemungkinan kita akan mendapat barangan yang rosak yang boleh menyebabkan kecederaan akibat daripada kecuaian peniaga lebih -lebih lagi pada zaman moden ini.Bak kata pepatah bukan semua manusia sempurna. Oleh itu, HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI harus diberi keutamaan kepada kita semua sebagai pengguna.

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum
    hak untuk hidup dalam alam sekitar yg bersih dan selamat- kita perlu memastikan kegiatan2 yg dijalankan di sekitar kita dalam keadaan bersih dan selamat..

    ReplyDelete
  28. haish....
    saya begitu kecewa kerana barang yg saye baru bli sudah rosak...
    rakan2 saye juga ade menyuarakan pendapat yang sama...oleh itu marilah kite brsame-same menegakkkan hak mndapat ganti rugi!!!!

    ReplyDelete
  29. ohayou!
    saya memilih hak mendapat ganti rugi.
    Sebagai pengguna, kita diharuskan untuk mendapat ganti rugi bagi membeeri kepuasan kepada diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  30. kita seharusnya mendapat hak untuk ganti rugi kerana kita tidak tahu barang yang kita beli itu masih elok atau sudah rosak.jikalau sekiranya rosak,dengan hak kita ganti rugi akan membolehkan kita mendapat barang yang baru.

    ReplyDelete
  31. hak untuk hidup dalam alam sekitar yang bersih dan selamat..............

    sebagai pengguna kita perlu menegetahui hak kita sebagai pengguna, kita berhak untuk mendapat alam sekitar yang bersih dan selamat. terima kasih

    ReplyDelete
  32. bull kate..
    sy memilih hak untuk mendapat ganti rugi
    kateknla kte bli barangan dan barangan itu didapati rosak atau x bfungsi lg...Sbagai pgguna,kite berhak untuk mendapatkn ganti rugi.hahahah

    ReplyDelete
  33. HAK UNTUK MEMILIH...
    sebagai pengguna, kita mempunyai hak untuk memilih barangan tidak kira dari segi kualiti, harga dan juga kuantiti. kita juga berhak untuk memilih barangan yang berkualiti tinggi sekira barangan yang diberi berkualiti rendah

    kelas:4 mutiara nama:anis mahzuz

    ReplyDelete
  34. 23-amalina mazlan-4mAugust 25, 2010 at 9:03 AM

    23,amalina
    salam,hak mndpt ganti rugi
    ...pd pendpt saya , hak mendapat ganti rugi ialah apabila pengguna membeli sesuatu barangan dan barangan tersebut rosak atau tidak berkualiti , pengguna tersebut perlu berjumpa dengan pengurus atau pihak berwajib untuk menuntut ganti rugi.Jika pihak tersebut tidak memberi kerjasama , pengguna perlu membuat laporan kepada FOMCA atau NGO yang berwajib,
    sekian,wassalam

    ReplyDelete
  35. 4M-fathin fatheha
    HAK UNTUK MEMILIH
    saya memilih hak untuk memilih kerana kita sebagai pengguna berhak memilih semua barang yang dikehendaki tanpa gangguan dan paksaan. contohnya, ketika saya ke sesetengah kedai pakaian, terdapat penjual yang suka mengikut pembeli dari belakang. ini boleh merimaskan pembeli kerana berasa tidak selesa dengan orang itu. akhirnya kita sebagai pengguna tidak dapat memilih pakaian yang sesuai kerana keadaan itu. oleh itu, kita mempunyai hak untuk memilih.

    ReplyDelete
  36. HAK UTK MENDAPAT GANTI RUGI
    Sebagai seorang pengguna,hak utk mendapat ganti rugi mmg perlu.Barangan yg kita beli tidak semuanya elok ada yg dah rosak @ tidak elok.

    ReplyDelete
  37. HAK UTK M'DPT GNTI RUGI
    sbg pngguna kita hrus mndpt ganti rugi skiranya brg yg dbeli x mnepati khendk kita krn brg yg kita m'bli m'gunakn wang sndiri jd smestinye kita hrus mndpt yg t'baik. oleh itu, para pngguna hrus sdar akn hak mreka dan hrus menuntut skirenye prlu.

    ReplyDelete
  38. 4M 10-`IFFAH
    1. HAK UNTUK MEMILIH

    Sebagai pengguna, kita sememangnya mempunyai hak untuk memilih. Hak untuk memilih ialah kebebasan kepada pengguna untuk memilih barang atau keperluan berdasarkan citarasa sendiri. Sebagai peniaga, mereka seharusnya tidak mewujudkan sebarang paksaan. Sekiranya wujud paksaan dari segi apa cara sekalipun, kita sebagai pengguna mesti mengadu kepada FOMCA.
    Sekian, wasalam..

    ReplyDelete
  39. salam,
    HAK MENDAPAT GANTI RUGI
    saya beranggapan setiap pennguna haruslah berani untuk menyuarakan hak ganti rugi masing2.hal ini kerana sekiranya pengguna hanya mendiamkan diri,mereka hanya akan mendapat kerugian dan kepuasan terhadap sesuatu yang di beli.

    terima kasih(:

    ReplyDelete
  40. i choose number one..this is because selalau nyer kite terdengar cerita tentang keunikan sesuatu bahan atau peralatan akan tetapi tidak sume bende tu b'fungsi dengan baik..kadang2 bende 2 m'bahayakan keselemeten pengguna..kita ada hak untuk menyaman syarikat keluaran terbabit..

    ReplyDelete
  41. Ahmad Hafiz Asyraf Bin Ahmad Halimi
    4 Mutiara-2
    saya memilih hak untuk menyuarakan pendapat.
    Ini kerana kita berhak untuk menyuarakan pendapat kepada syarikat-syarikat yang kita mungkin tidak berpuas hati dengan khidmat yang disediakan.
    Kita boleh memberi pendapat tentang layanan pekerja mereka dengan pelanggan dan macam-macam lagi.Oleh itu,kita berhak mendapat layanan yang bagus oleh syarikat-syarikat di mana sahaja menunjukkan hak kita sebagai pengguna.

    ReplyDelete
  42. 4M-9 fatin liyana

    sebagai pengguna, kita sememangnya berhak mendapat ganti rugi sekiranya barang yang kita beli itu telah rosak atau melebihi tarikh luput. kita tidak boleh mendiamkan diri apabila perkara ini terjadi kerana hal ini akan membuatkan peniaga semakin tidak bertanggungjawab terhadap barang jualan mereka. kesimpulannya, sebagai pengguna bijak kita hendaklah melaporkan perkara-perkara seperti ini kepada pihak yang berkuasa supaya penganiayaan oleh peniaga terhadap pelanggan mereka dapat diatasi.
    sekian..

    ReplyDelete
  43. 11 JAMILAH BINTI SHAMSUDIN 4 MUTIARAAugust 25, 2010 at 9:07 AM

    Hak untuk mendapat ganti rugi
    maksudnya ialah contohnya apabila kita membeli barang dan barang itu pula telah tarikh luput atau barang tersebut tidak berada dalam keadaan baik,DENGAN KUASA YANG KITA ADA SEBAGAI PENGGUNA,KITA BOLEH MEMINTA GANTI RUGI.

    ReplyDelete
  44. Hak Untuk Menyuarakan Pendapat.

    Pada pendapat saya, sebagai pengguna kita seharusnya dapat untuk menyuarakan pendapat kita terhadap sesuatu hal yang tidak menyenangi hati.
    kebanyakan syarikat cuba untuk menutup segala keburukan syarikat mereka dengan merahsiakan segala comment yang diberi oleh para pengguna. kita sepatutnya bersatu menuntut hak kita.

    ReplyDelete
  45. 4M-33 ShuhadaAzmi

    HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI
    sebagai seorang pengguna , kita sememangnya mempunyai hak untuk menuntut ganti rugi jika barang itu didapati tidak elok . Hal ini akan menjadi lebih teruk jika barang yang diterima memberi kecederaan kepada pengguna . Oleh itu , pihak peniaga perlu bekerjasama apabila pengguna meminta ganti rugi .

    ReplyDelete
  46. 4M 32 NABILLA

    3. HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI

    jika kita terbeli barangan yang rosak kandungannya, kita wajib mendapat kan ganti rugi. kita tidak boleh berdiam diri dan menerima sahaja kandungan barangan tersebut. kita mesti berjumpa dgn pihak pengurusan supaya mereka tahu bahawa barangan yg dijual oleh mereka tidak elok kandungannya. kita mesti mendapat kan ganti rugi.

    ReplyDelete
  47. HAK KEPADA KESELAMATAN

    saya , sebagai pengguna yang bijak , seharusnya menegakkan hak-hak pengguna yang semakin hari semakin menurun.dalam hak kepada keselamatan ini , kita perlu tegas dalam mendapatkan hak tersebut. jika ada barangan yang rosak , atau membahayakan diri kita , mahupun ahli keluarga kita, kita sepatutnya melaporkan perkara tersebut kepada penjual atau pun terus kepada Persatuan Pengguna. barangan yang rosak seperti perkakas elektrik amat berbahaya jika digunakan. dengan ini , keselamatan kita dan ahli keluarga kita akan lebih terjamin =)

    ReplyDelete
  48. kita berhak untuk mendapat ganti rugi sekiranya mendapat barangan yang telah rosak atau sebagainya jika kita tidak mempertahankan hak kita akan ditindas oleh peniaga yang tidak beretika dan seterusnya kita kerugian

    ReplyDelete
  49. 4m 07 - farah
    HAK UNTUK MEMBERI PENDAPAT
    saya berpendapat bahawa setiap individu berhak untuk memberi pendapat kerana kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab dan berhemah mempunyai pendapat kita tersendiri . dan Malaysia yang mengamalkan pentadbiran secara demokrasi berpandukan pendapat rakyat sejajar dengan gagasan 1 malaysia. dengan pendapat-pendapat rakyat, malaysia dapat berkembang maju. insyallah .

    ReplyDelete
  50. 4M31-A'limah
    1. Hak untuk memilih

    Terdapat pasaraya yang terlampau mengikut pelanggan dan mempromosi sesutu barang seperti memaksa pelanggan membelinya sehingga pelanggan tidak selesa.Ini tidak sepatutnya berlaku kerana telah dinyatakan pelanggan mempunyai hak untuk memilih . kita sebagai pelanggan berhak untuk menyatakan ketidakpuasan hati kita kepada pihak berkenaan . Sekian.

    ReplyDelete
  51. 4M22_namakusyakirfcAugust 25, 2010 at 9:12 AM

    HAK UNTUK HIDUP DALAM ALAM SEKITAR YANG BERSIH DAN SELAMAT

    Sebagai seorang warganegara, kita pastinya menginginkan keadaan persekitaran yang bersih. Marcapada, acapkali kita lihat di kaca televisyen bahawa pencemaran alam sekitar berlaku di mana-mana sahaja. Ke mana hilangnya perasaan sayang terhadap alam sekitar??? Kita,sebagai pengguna haruslah menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Bukan itu sahaja,kita juga harus bijak mengggunakan hak kita sebagai pengguna untuk hidup dalam kawasan persekitaran yang bersih. Kita boleh membuat aduan kepada pihak yang berkenaan jika kita terlihat seseorang membuang sampah merata-rata. walaupun perkara ini boleh dianggap sebagai perkara kecil,namun perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana perkara yang kecil boleh memberi impak yang besar kepada negara. Oleh itu, kita harus bijak menggunakan hak kita sebagai pengguna demi kesejahteraan kita bersama.

    ReplyDelete
  52. HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI
    sebagai pengguna, kita berhak untuk mendapat ganti rugi sekiranya barang kita mengalami kerosakan kerana hal tersebut boleh membahayakan keselamatan diri pengguna. kita juga perlu menyuarakan hak ini bagi mengelak daripada mengalami kerugian.

    ReplyDelete
  53. assalamualaikum dan salam satu malaysia.
    saya telah memilih hak mendapat alam sekitar yang sihat dan bersih. ini kerana saya amat mencintai alam sekitar. GO NATURE!! (:

    untuk maklumat lebih lanjut mengenai hak mendapat alam sekitar yang sihat dan bersih, sila layari laman web tersebut :

    http://www.bijakbijak.co.cc/2010/04/hak-mendapat-alam-sekitar-yang-sihat.html

    ReplyDelete
  54. 4m4 Anis Khairunnisa

    Saya memilih HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT . Ini kerana , kita sebagai rakyat Malaysia jarang diberi kesempatan untuk memberi pendapat dan sebenarnya pendapat itu penting untuk menambah baik negara kita . Jika kita telah diberi ruang untuk memberi pendapat , jangan pula kita hanya pandai cakap belakang tetapi takut untuk berdepan dengan pihak atasan bagi menyuarakan pendapat . Bagi pihak atasan pula , jangan memandang remeh akan pendapat orang lain . Jika bukan kita yang membantu negara Malaysia , siapa lagi ?

    ReplyDelete
  55. Dalam era globalisasi, alam sekitar yang sihat dan selamat amat diperlukan oleh semua orang. Jadi, kita sebagai pengguna yang bijak, perlulah mengetahui dan memilih tempat tinggal yang bersih dan selamat.
    kawasan yang bersih menjamin kesihatan keluarga kita. Kawasan yang selamat pula menjamin keselamatan keluarga kita mungkin dari kejadian rompakan atau gangguan.
    saya rasa sampai sini sahaja dapat saya kongsi dengan anda semua.trimas:)
    Jadi, sebelum memilih tempat tinggal mahupun sekolah untuk menempatkan anak-anak kita, pastikan kawasannnya bersih dan selamat dari segala jenis faktor.

    ReplyDelete
  56. atiqqah hatta

    semua orang mempunyai hak masing-masing dalam memilh barang. kadangkala kita memerlukan ruang peribadi ketika mamilh barang dan situasi ini akan menjadi tidak selesa apabila pekerja mengikut kita ketika sedang memilih barang.saya harap pihak kerajaan dapat menyediakan kursus untuk pekerjaan sebegini.

    ReplyDelete
  57. Hak untuk menyuarakan pendapat harus dilaksanakan sekiranya para pengguna tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Perkara ini harus dipandang serius jia tidak, pengguna tidak akan mendapat apa yang diinginkan. Oleh itu, pengguna harus berani menyatakan apa yang tersimpan di dalam hati.

    ReplyDelete
  58. nadia najiha

    saya memilih HAK MENDAPAT GANTI RUGI.kita sbgi pengguna harus mempertahankan hak kita.sekiranya trdpt brg2 yg rosak,kit berhak utuk menuntut ganti rugi.dgn cara ini,pihak tdk lagi menghslkn brgn yg tidk berkualiti.

    ReplyDelete
  59. pada pendapat saya kita perlu menjadi pengguna yang bijak bagi memastikan kita tidak terperangkap dalam penipuan yang dilakukan oleh pihak peniaga terhadap pengguna seperti kita pengguna islam wajib memastikan makanan yang dijual adalah halal dan diluluskan oleh jakim

    ReplyDelete