Thursday, July 19, 2012

Kiraan Fidyah / Kalkulator Fidyah

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun, maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya. ( Petikan diambil dari Lembaga Zakat Selangor )


Bayaran fidyah boleh dikira menggunakan Kalkulator Fidyah seperti contoh di bawah ini :

Kalkulator Zakat Fidyah  
Wassalam & また

2 comments:

  1. askm. terima kasih maklumat. mudahan sama2 mendapat manfaatnya dr perkongsian ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm . Insya Allah sama2 mendapat manfaatnya ..

      Delete