Semenjak di sini sudah 3 kali sensei terlibat dengan Majlis Graduasi Sekolah atau Hari Kecemerlangan Sekolah. Pada tahun ini Hari Kecemerlangan agak lewat diadakan. Yalah telah beberapa kali ditundakan. (Kenapa Ya ? ).
Majlis pada pagi ini bermula dengan hujan telah turun dengan agak lebat pada awalnya. Oleh kerana itu acara perarakan masuk telah sedikit dipinda. Alhamdulillah upacara perarakan telah berlangsung dalam keadaan terkawal dan tersusun. (Hebat)
Tetamu yg dtg dipayungi |
Pasukan Gamelan REady!! |
Pentas Istiadat |
Lebih kurang 90 orang pelajar PMR 2010 yang memperolehi 8A telah naik ke pentas untuk menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Pengerusi PIBG En. Ishak. Majlis sedikit gamat apabila beliau memeluk dan mencium anakanda beliau yang turut naik menerima anugerah PMR.
Pelajar SPM 2010 yang hadir pada tahun ini agak kurang memberansangkan. Hanya seramai 45 orang yang hadir pada majlis pagi ini. Ini mungkin kerana sebilangan besar pelajar-pelajar telah melaporkan diri ke pusat-pusat matrikulasi dan Universiti yang agak jauh. Seperti アメリカ、フランス dan lain-lain. Antara penerima-penerima hadiah Khas ====>
![]() |
Kebanggaan!! |
- Anugerah Terbaik PMR 2010 => SARAH HAZWANI
- Anugerah Terbaik SPM 2010 => AINIL FADIA
- Anugerah Emas 2010 => QANIAH
Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah berkerjasama bagi menjayakan Hari Kecemerlangan pada tahun ini. ( Tahniah ! 3x) Yang rasa tak buat apa-apa kerja tu tak yah lah terima Tahniah ni... ( Hahahahahah )
Wassalam & また