Friday, July 30, 2010

HIDUP BERMASYARAKAT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera & Ohayou ,
 Kita digalakkan untuk bergaul dalam masyarakat. Walau bagaimanapun pergaulan dalam masyarakat perlu mempunyai tujuan yang positif. Pergaulan dalam masyarakat ada syarat dan batasnya. Islam melarang lelaki dan perempuan berdua-duaan di tempat yang sunyi atau terpencil kerana situasi ini akan mendorong manusia ke arah perbuatan zina atau maksiat.
 Pergaulan Bebas Mudah Terbabas. Zaman sekarang perlakuan seks secara rambang , minum minuman keras dan dadah amat membimbangkan. Akhbar Berita Harian hari Khamis 29 Julai 2010 bahagian Nasional muka surat 9 telah melaporkan 21 kes pelajar hamil dan melahirkan anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
 Daripada kes tersebut 20 kes yang berlaku adalah berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes membabitkan rogol.
 Juga daripada akbar yang sama Nasional muka surat 14 telah melaporkan ' Pelajar rakam aksi lucah di surau sekolah''. Membabitkan dua orang pelajar tingkatan dua. Aksi itu dirakam melalui telefon bimbit oleh pelajar lelaki tersebut dan dapat dilihat lencana pada tudung pelajar perempuan yang sudah menanggalkan kainnya.
 Anda sebagai seorang pelajar SBP apakah peranan anda dalam menangani gejala sosial ini yang semakin berluasa di Malaysia dewasa ini.

 Wassalam & また 

29 comments:

  1. sebagai seorang pelajar SBP,banyak cadangan yg boleh saya kemukakan untuk menangani gejala sosial ini.Masyarakat harus sedar bahawa masalah sosial adalah masalah kita bersama dan memerlukan penyelesaian yang bersepadu dan terancang. Ia memerlukan strategi menanganinya melalui pelbagai pendekatan secara proaktif termasuk pendekatan keagamaan yang merupakan tunjang kerohanian bagi setiap individu.
    Selain itu, ibu bapa harus bijak menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang sihat dan cemerlang dan mempraktikkan nilai nilai keagamaan dalam kehidupan seharian dalam membentuk keluarga harmoni.Kita harus sedar dan yakin bahawa cara tindakan menyelesaikan masalah mengikut pendekatan agama lebih berkesan dan berterusan memberikan ketenangan kepada golongan remaja berbanding dengan cara tindakan umum atau tidak menggunakan pendekatan agama. Pada masa yang sama, pendekatan kaunseling dan nasihat perlu juga bergerak seiring supaya nilai-nilai keagamaan sentiasa subur di jiwa anak-anak remaja.sekian terima kasih.
    :)))

    ReplyDelete
  2. Saya sebagai pelajar SBP yang hebat dan bertauliah akan menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan saya yang bersekolah di sekolah harian biasa yang mengagumi diri saya agar menjadi orang yang baik dan berguna kepada nusa dan bangsa.

    ReplyDelete
  3. salam...memang tidak dapat disangkal lagi sejak kebelakangan ini,gejala sosial di Malaysia semakin berleluasa.pada pendapat saya,walaupun kita digalakkan untuk bergaul sesama jantina,itu tidak bermaksud kita bebas melakukan hubungan seks secara rambang.pelajar-pelajar sbp harus berfikiran rasional akan perkara ini dan menghindarinya kerana mereka adalah peneraju negara akan datang.tanpa generasi yang sihat,cerdas dan optimistik,kedudukan Malaysia akan diancam oleh negara luar.bagi saya,tiada gunanya mencuba perbuatan terkutuk ini kerana ia akan menjejaskan kehidupan kita pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  4. sebagai seorang pelajar sekolah yang bakal mendapat sekolah berprestasi tinggi;)...saya merasa bahawa,ibu bapa adalah tunggak utama pada semua masalah gejala sosisal ini,hal ini kerana,apabila seseorang pelajar itu kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa nya jadi mereka akan menjadi liar dan bergaul dengan rakan2 yang boleh membuatkn hidup mereka rosak pada masa akan datang...oleh itu didikan di rumah perlulah lebih mendalam dan diajar dengan cara hidup islam supaya anak mereka menjadi anak yang soleh an solehah,,walaubagai manapun,kita tidak boleh juga menyalahkan ibu bapa 100%,,kerana diri sendiri juga memainkan peranan yang penting,,,<3 sekian;)

    ReplyDelete
  5. Remaja sekarang semakin berani melakukan maksiat tanpa mengira masa dan tempat sehinggakan di surau pun mereka tergamak melakukan maksiat. Sebagai seorang pelajar SBP yang berprestasi tinggi saya akan membendung masalah agar tidak berleluasa dgn cara mengadakan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete
  6. Sebagai pelajar, kita perlulah prihatin dalam masalah yang berlaku dalam masyarakat terutamanya masalah remaja yang kini semakin meruncing. Seterusnya, sebagai langkah proaktif, program - program kesedaran perlu dipertingkatkan bagi membuka mata masyarakat kita supaya lebih peka untuk mencegah gejala negatif sebelum ia menjadi lebih parah.

    ReplyDelete
  7. sebagai seorang pelajar sbp juga,terlalu banyak cadangan yang boleh saya kemukakan untuk menangani gejala sosial ini.pendekatan kaunseling dan nasihat perlu bergerak seiring supaya nilai-nilai keagamaan sentiasa subur di jiwa anak-anak remaja.kes2 ini juga memerlukan usaha daripada semua golongan untuk dibendung.janganlah kita hanya mengharapkan usaha pihak atasan sahaja.Akhir sekali,pelajar juga perlu ditanam dengan ilmu keagamaan yang tinggi sejak kecil lagi,bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya.sekian,terima kasih

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat saya, sebagai seorang pelajar harapan negara, kita seharusnya menjauhi/tidak melakukan perkara yang hina itu.Bagi mengelakkan perkara ini daripada terjadi di sekolah, paling lemah pun, kita sepatutnya membenci aktiviti terkutuk ini yang sedang bermaharajalela di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Kita seharusnya saling menasihati sesama rakan-rakan kita disamping menjaga diri kita daripada terjebak dalam perkara iniserta melengkapkan diri kita dengan ilmu-ilmu agama. Sekian, wassalam. Waallahua'lambissawab.

    ReplyDelete
  9. Saya sebagai pelajar SBP sangat tidak berkenan dengan masalah sosial yang berlaku sekarang.Oleh itu,saya akan belajar bersungguh-sungguh dan bercita-cita akan menjadi seorang pakar motivasi.Memandangkan pelbagai cara telah saya pelajari untuk meningkatkan sahsiah di SBP ini.Terima kasih SBP!!!

    ReplyDelete
  10. cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan setiap pelajar harus mempunyai kesedaran diri supaya dapat mengikis sifat negatif dan menjauhi gejala sosial tersebut . selain itu , sebagai pelajar kita harus menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan . kita juga harus mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah agar tidak terlibat dengan gejala sosial yang teruk ini .

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum diucapkan kepada sensei,
    bagi saya, sebagai seorang pelajar sbp kita perlu memelihara diri sendiri agar tidak terlibat dalam gejala yang tidak senonoh itu.kita juga perlu mempengaruhi rakan kita diluar sana ke arah kebaikan,nasihatkan mereka supaya mereka tidak lalai.kita juga perlu mengamalkan segala yang kita pelajari dalam pendidikan islam.kita juga perlu menghidarkan perkara-perkara yang boleh mendekatkan kita kepada zina.sebagai pelajar sbp kita patut manggunakan akal fikiran yang dianugerahkan oleh tuhan untuk membezakan antara yang baik dan buruk.pendekatan agama juga perlu diberikan kepada para pelajar tidak kira yang belajar di sbp ataupun di sk harian.akhir kata dari saya,semua perkara yang berlaku adalah berpunca daripada sikap individu itu sendiri.saya tahu perasaan ingin mencuba amat tinggi daalm diri remaja,kerana saya juga seorang remaja,namun kita perlu bijak mengawal dan mengananginya agar keinginan itu tidak mendatangkan keburukan kepada kita.
    sekian....

    ReplyDelete
  12. 4D-9 mas aniza ;)

    pekara ini memang wajib dibendung sebelum ia menjadi semakin parah, ini akan menyebabkn negara semakin kekurangan generasi muda untuk meneraju masa depan, moral dan akhlak remaja yg semakin teruk perlu dikikis. sebagai pelajar sbp kita sepatutnya bersyukur kerana terpilih untuk memasuki sekolah yg terpelihara sahsiah, tingkah laku dan akademik kita.
    sebagai pelajar sbp juga kita perlu sentiasa memelihara sahsiah dan tingkah laku agar tidak mudah terjebak ke kancah maksiat dan pekara-pekara yang tidak sepatutnya

    ReplyDelete
  13. Sebagai pelajar sbp sudah tentu pelbagai tindakan perlu dilakukan untuk membendung masalah ini. namun ada sesetengah pelajar yang berfikir dirinya tidak mampu untuk membuat tindakan. tapi kalau kita tidak mampu untuk membuat apa2 sudah cukup dengan menjauhkan diri daripada perkara tersebut. pelajar sbp perlu menunjukkan contoh yang terbaik kepada pelajar luar sekaligus menjadi modal insan buat mereka....

    ReplyDelete
  14. kita seharusnya sering mengingati antara satu sama lain supaya perkara-perkara seperti yang dinyatakan akan berkurangan.ibu bapa sepatutnya mengawasi kelakuan anak dengan lebih kerap.dengan siapa mereka berkawan,apakah yang dilakukan semasa ketiadaan ibubapa.rakan juga memainkan peranan dalam menangani perkara-perkara maksiat.walaupun selangor ialah sebuah negeri yang maju, tapi penduduknya masih tidak maju dari segi pemikiran.kita harus sedar jika kita tidak menangani perkara tersebut,kemungkinan bsar kita akan ditimpa bencana dairpada Allah.

    ReplyDelete
  15. saya perlu sentiasa menasihati rakan-rakan mengenai perkara ini. kesedaran harus dipupuk dalam diri setiap pelajar. semua pelajar harus memainkan peranan penting dalam membanteras gejala ini. kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan. pihak pemimpin pelajar dan pihak badar harus bergandingan untuk memastikan perkara ini dapat dicegah daripada berlaku di sekolah ini...

    ReplyDelete
  16. Hidup bermasyakat sepatutunya tidak perlu keterlaluan.Dalam kes ini, gejala anak luar nikah telah semakin menjadi-jadi.Saya sebagai seorang pelajar berasa malu dan jika batas pergaulan dapat dijaga,perkara sebegini sebenarnya boleh dibanteras dengan mudah.

    ReplyDelete
  17. pelbagai faktor yang menyebabkan para pelajar ini terdorong untuk melakukan gejala yang negatif ini. semua ini berpunca dari dalam remaja itu sendiri. ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam membantu pelajar agar tidak terjebak dalam hal ini. saya sebagai salah seorong pelajar dan juga sebagai seorang remaja berperanan untun membantu rakan yang bermasalah ini dengan mengajak dia melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan kepada diri dia. remaja yang bermasalah ini selalunya merupakan seorang yang menginginkan kebebasan dan tidak suka dikongkong. ibu bapa seharusnya prihatin dengan masalah ini.hal ini kerana, remaja akan memberontak dan mempengaruhi pelajar terjebak dalam masalah-masalah ini. saya berharap semua remaja tida seharusnya memandang ringan terhadap masalah yang berada di sekeliling kita.

    ReplyDelete
  18. Sebagai seorang pelajar SBP saya berasa amat malu terhadap apa yang terjadi di luar sana dan saya juga berasa bertanggungjawab untuk sama2 menangani gejala yang semakin berleluasa ini. Kita sebagai pelajar SBP haruslah membimbing rakan2 kita di luar sana dan menunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Kita tidak seharusnya hanya mementingkan pencapaian diri kerana rakan2 kita diluar sana juga memerlukan bantuan kita. Jadi kita sebagai bakal pemimpin negara haruslah mengorak langkah untuk sama2 membanteras gejala yang tidak bermaruah ini.

    ReplyDelete
  19. Sebagai seorang pelajar SBP, antara tindakan yang mampu saya lakukan demi mengelakkan rakan-rakan saya daripada terjebak dengan masalah gejala sosial ini ialah dengan berada di sampingnya dan memberikan sokongan mahupun nasihat yang membina kepadanya.Kebanyakan pelajar yang bermasalah sebegini adalah disebabkan oleh kekurangan kasih sayang daripada keluarganya sendiri.Oleh itu,kita sebagai rakan di sekitarnya haruslah menunjukkan tingkah laku yang baik dan sering memberi pendekatan agama yang baik kepadanya supaya mereka sedar bahawa mereka telah pun melakukan perkara yang diluar batasan agama Islam.Semoga dengan ini,mereka akan merasa keinsafan dalam diri mereka,Insya-Allah...

    ReplyDelete
  20. sebagai pelajar SBP,pertamanya saya berasa sangat kecewa dan malu dengan apa yang berlaku sekarang.Cadangan sya untuk membanteras bencana sosial ini adalah ibu bapa perlu lebih prihatin tentang anak mereka kerana pengaruh kawan lebih besar daripada ibu bapa sendiri....saya juga mengharapkan pelaku2 bencana ini...bertaubatlah...

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum..saya rasa sebagai seorang pelajar sbp,kita berperanan untuk mengadakan ceramah-ceramah agama.Hal ini penting untuk memestikan remaja mengetahui adab dan batasan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.Oleh itu saya sarankan agar setiap sekolah mengadakan program seperti ini agar tiada gejala sosial akan berlaku.Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum .
    Sebagai warga SBP , sy sememangnya tidak suka akan gejala - gejala tidak bagus ini berlaku . Ianya amatlah memalukan dan tidak bermaruah seolah - olah manusia zaman ini sudah tiada harga diri . Saya sangat bersyukur kerana tidak pernah lagi saya terdengar akan kisah - kisah pelajar SBP telah melakukan perkara sumbang sebegini . Bagi saya , akibat terlalu mengikut arus masa dan nafsu serakah , remaja zaman kini semakin melupakan tentang agama , maruah dan harga diri . Oleh itu , mereka bukan sahaja patut diberi motivasi malah didedahkan juga dengan realiti sebenar gejala ini . Apa yang ingin saya maksudkan ialah ketika motivasi tersebut sedang dijalankan , remaja yang sudah TERjebak dan TERlanjur dengan gejala tersebut menceritakan tentang pengalaman buruk mereka supaya ianya dapat dijadikan pengajaran kepada remaja zaman ini . Seterusnya , seperti yang kita tahu , remaja zaman ini telah mewujudkan persatuan belia , seharusnya persatuan itu sentiasa aktif dan peka dengan isu semasa terutamanya isu sebegini . Mesyuarat atau perbincangan haruslah dijalankan dalam kalangan remaja dengan membincangkan tentang cara menyelesaikan masalah ini . Bagi saya , remaja yang belajar di sekolah harian patutlah mencontohi pelajar - pelajar SBP . Mereka sepatutnya memikirkan tentang masa depan mereka . Remaja juga perlu mempunyai pengetahuan dan pegangan agama yang sangat kuat . Semestinya kita tidak mahu MELAYU semakin melayu , bukan . Jadi , marilah kita sama-sama membanteras gejala yang tersangatlah buruk ini . Arigatou gozaimasu !

    ReplyDelete
  23. pada masa kini, memang banyak kes-kes tentang pelajar hamil nak atau tidak setiap orang perlu membanteras kes-kes ini. sebagai searang pelajar sbp saya tidak akan mensia-siakan peluang belajar di sbp,menunjukkan sikap yang baik dan
    menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan.

    ReplyDelete
  24. pada pendapat saya,masalah gejala sosial sememangnya membimbangkan. perkara sebegini seharusnya dibendung dengan apa jua cara sekalipun. para ibubapa perlu memainkan peranan agar anak-anak tidak terjebak ke lembah hina yang semakin lama semakin bersawang di negara kita. sebagai manusia,kita juga tidak sepatutnya lalai dan semestinya bijak menuju jalan kebenaran. okay :D

    ReplyDelete
  25. 4D10-SayaDudukSebelahJimbit said...
    Assalamualaikum...pendapat saya mengenai hal ini, bagi menangani masalah pergaulan bebas...kita hendaklah sentiasa mengawal nafsu yang membuak dalam diri kita..ia tidak menjadi masalah jika kita hendak bergaul tetapi mesti ada hadnya.Oleh, itu sama-samalah kita cuba menghindari pergaulan bebas.sekian...wasssalam...;)

    ReplyDelete
  26. 4D1-mypccannotopenfb said...
    - menyediakan pendidikan yang betul tentang seks.
    - pelajar perlulah bijak memilih rakan.
    - ibu bapa harus mengawasi anak-anak dgn lebih peka dan memberi perhatian yang maximum.
    - mengadakan program menangani gejala sosial.
    - pihak yg bertanggungjawab perlu mengambil tindakan yg lebih tegas demi membanteras gejala-gejala tersebut.

    ReplyDelete
  27. 4D 16 - IzaazHazmii said...
    Assalamualaikum~
    Peranan saya adalah untuk mencegah perkara hina ini.Kita tidak boleh mengubah manusia, tetapi kita boleh mengubah diri kita. Oleh itu, ubah diri sendiri untuk ke arah baik. Kita boleh menegur rakan-rakan kita. sekian sahaja.
    ByeBye~

    ReplyDelete
  28. gajala sosial yang berlaku dinegara kita memang pada tahap yang kritikal.sekiranya isu ini tidak dibanteras dengan segera, tidak muingkin suatu hari ini negara kita kekurangan generasi yang bermoral untuk memimpin negara.semua pihak perlulah memainkan peranan untuk membanteras isu ini, janganlah sekadar memekakkan telinga,membutakan mata dan mengharapkan kerajaan untuk menyelesaikan isu ini.sebenarnya penerapan nilai agama adalah yang terbaik dalam menyelesaikan masalah ini.oleh itu sebagai pelajar sbp,kita perlulah bersyukur kerana nilai agama yang diterapkan suduh cukup untuk kita menilai mana yang baik dan mana yang buruk...=)

    ReplyDelete
  29. Jamilah binti Shamsudin 11 4MutiaraAugust 26, 2010 at 9:07 AM

    11-Jamilah binti shamsudin
    Pada pendapat saya;sebagai pengguna;kita haruslah sentiasa peka terhadap barang yang ingin dibeli atau barang yang dijual di pasaran agar tidak ada yang ditipu.Apabila kita memaklumkan kepada penjual dia tidak ingin membetulkan atau mengganti,kita bolehlah mengadu kepada persatuan pengguna agar hak kita pengguna dipandang remeh.Itulah sebabnya kita harus menjadi pengguna yang bijak.

    ReplyDelete