Alhamdulillah hari ini genap 2 tahun sensei telah bertugas di tanah tiga segi emas ni ... Tanah yang amat berharga sentiasa dicemburui oleh si tamak haloba ditambah dengan bantuan si penderhaka ... Yang tak puas-puas dengan ketamakkan tanpa memikirkan yang digadai ini bukan milik mereka tetapi milik cucu cicit kita ...
![]() |
Januari Lythraceae / Giantcrapemyrtle |
Sensei kongsikan gambar pokok Lythraceae atau dikenali juga Giantcrapemyrtle ... Yang sentiasa menceriakan hati sensei bila melihatnya ... Perasaan seperti melihat pohon-pohon sakura di unversiti sensei ....
Gambar pertama di ambil pertengahan Januari ... Kelihatan daun-daunnya telah berguguran ... Untuk memberi laluan kepada putik-putik bunga untuk bercambah ... Kelihatan juga dedaun parasit atau pokok tumpang kelihatan dengan jelas di sini ...
![]() |
End of February Lythraceae / Giantcrapemyrtle |
Gambar di sebelah kanan ini ditangkap dalam akhir bulan Februari dan telah kelihatan bunga-bunga yang mekar orang Jepun sebut Mankai ・まんかい. Pemandangan yang cantik ditambah lagi dengan cuaca yang sangat baik pada pagi hari tersebut...
Mengikut guru-guru yang sudah lama di sini, memang setiap tahun pada awal bulan Mac atau sewaktu hari keputusan peperiksaan SPM dikeluarkan bunga-bunga ini akan berkembang seperti meraikan anak-anak #yellowyaacoblatiff kembali ke lubuk ... Selepas minggu tersebut akan gugurlah bunga-bunga yang berkembang mekar ini satu demi satu ... Dan daun-daun hijau akan bulan bercambah ...
Doakan sensei sentiasa terus bersemangat untuk mendidik anak-anak bangsa Malaysia ini dengan penuh keikhlasan kerana Allah Taala ...
Ok jumpa lagi ...
Japanese words
Mankai ・まんかい - Full blossom / Bunga yang sedang berkembang mekar