Wednesday, June 26, 2013

Word Of the day

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...


  • まえむき・前向き・mae muki

  • positive way / looking forward


Wassalam & また 

Tuesday, June 25, 2013

WIRA Juara Baru Tug Of War Kusess 2013

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Kusess mempunyai juara baru dalam acara tarik tali tahun ini ... Keputusan acara tarik tali tahun ini ialah :

  • Juara                    - Rumah Wira ( 青い )
  • Naib Juara           - Rumah Waja ( 赤い )
  • Tempat Ketiga     - Rumah Perdana ( 黄色い)
  • Tempat Keempat - Rumah Satria ( )
 Teruskan kecemerlangan Wira ... Pastikan sebelum pertandingan persiapan yang rapi perlu dilakukan ... Bagi mengelakkan kecederaan yang serius ...

Wassalam & また 

Sunday, June 23, 2013

Jerebu sudah datang

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Esok sekolah-sekolah di Selangor akan ditutup kerana jerebu ( Kena ganti sekolah tau ) ... Jerebu kali ini dikatakan berpunca daripada pembakaran secara terbuka oleh dari negara jiran kita ... Kisah jerebu ini dah lama berlaku di kawasan sekitar sini ... Memang selalu sangat baju yang kering dijemur akan berbau asap ... Memang kita dah tahu puncanya dari negara jiran ... Tapi ada juga rakyat negara ini yang mengambil kesempatan untuk membakar secara terbuka ... Payah nak cakap orang macam ini ...

Musim jerebu dan kering ini bukan digalakkan tapi dimestikan :

  1. Minum banyak2 air putih
  2. Kurangkan aktiviti di luar rumah
  3. Pakai topeng muka
  4. Bila sampai rumah terus bersihkan muka , tangan
Diharapkan masalah jerebu ini akan segere dapat diatasi ... Sebagai manusia biasa kita banyakkan berdoa agar bencana ini dapat ditangani ... Insya Allah ...


Wassalam & また 

Japanese Words of the day

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Nomimono ・のみもの・飲み物 (Noun)

  • Type of drinks .
  • Ex: Milk , Hot Drinks , Soft Drinks , etc

レストラン で いろいろ な のみもの が あります。
Resutoran   de   iroiro       na   nomimono ga arimasu.

There are a variety of drinks at the restaurant .


Nomimasu ・のみます・飲みます(Verb)

  • Drink


わたしは みず を のみます
Watashiwa Mizu wo Nomimasu.

I drink the water .


Wassalam & また 

Saturday, June 22, 2013

Japanese Word of the day

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...


English

Japanese・にほんご・日本語
Word
Romaji
Hiragana
Kanji
Sport Day
Undou Kai
うんどうかい
運動会


 Wassalam & また 

Sukan Tahunan KUSESS 2013

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu .

Sama seperti tahun2 yang lalu sukan tahunan pada kali dimulai pergerakan masuk oleh ketua murid dan diikuti  kontinjen2 rumah sukan ... Setiap rumah sukan akan mempersembahkan kawad kaki dan saban tahun juara kawad kaki rumah sukan menjadi rebutan . Selepas itu acara 400 m dan 4 x 100 m . Tahun ini acara untuk pegawai tidak dipertandingkan ... Selamat sikit ahahaha ..

Keputusan pada tahun ini seperti berikut . Rumah Satria juara kawad kaki . Rumah Wira juara Tug of war atau lebih dikenali Tarik tali dan juara keseluruhan sukan tahunan jatuh kepada Rumah Perdana ... Tahniah kepada semua pemenang ... Kepada yang kalah tahun depan cuba lagi ....

Tarikh sukan : 21 Jun 2013 bersamaan hari Jumaat .
Masa            : Pukul 9.30 am hingga 12.30 tngh ...
Tempat         : Stadium KS

Wassalam & また 

Tuesday, June 18, 2013

Particle de / じょし で ( place of the action)

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...


Particle de ・ じょし で  =======> Show place of the action.

Nouns (place) + Verbs (The action)

  ばいてん    かいました。 I bought at the kiosk.

More examples :

  • いえ  テレビ を みます。I watch television at home.
  • えき  ともだち に あいました。I met friend at the station.
  • こうえん  おべんとう を たべます。I eat my box lunch in the park.
  • ぎんこう  はたらきました。I worked at bank.

Wassalam & また 

Wednesday, June 12, 2013

Aku Hanya Penjaga Kasut

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Petang tadi sensei uruskan gakusei tachi  (学生たち)(students) yang ingin meminjam kasut kawat ... Pertandingannya lambat lagi tapi katanya nak sesuaikan dengan kasut bila berkawat ...  Perkara yang bagus ... Seperti tradisi sebelum2 ini ...

Pelajar-pelajar lelaki Tingkatan 5 akan bertanding atas tiket Pengakap dan Tingkatan 4 akan bertanding atas tiket KRS ... Pelajar2 perempuan Tingkatan 5 akan bertanding tiket St. JOhn dan campuran untuk Puteri Islam ...

Sebenarnya sensei ni tukang jaga kasut ajer ... Buka stor kau ambil kasut2 tu ... Tapi tak tahulah saban tahun mesti sensei ni macam tukang jual kasut ... Kadang kala mereka ini tidak nampak atau tidak peka saiz kasut masing2 ... Tidak boleh nampak kasut yang elok atau kasut yang sesuai ... Tulah sampai bila sensei boleh biarkan kamu semua uruskan ya ?? Kalau tidak kau biarkan sahaja sampah dan kasut kat luar kan ... Ada ke yang ucapkan terima kasih kat penjaga kasut ni tadi hahahha ... Sensei tak sedih pun tapi Aku gagal nampaknya mendidik mereka ....

Jadi yang seronok ... Pelajar2 lelaki asyik terperanjat sahaja bila memilih kasut2 kawat ... Mereka asyik sentiasa terjumpa tuala wanita sahaja tapi yang bersih tau ... Tuala wanita tu sebenarnya digunakan untuk disumbat bagi ketatkan kasut ... Tadi lebih sedozen sensei kumpulkan untuk dibuang .... MUka seorang2 geli ajer ... ahahhah ...

Good Luck to all students ....

Wassalam & また 

Tuesday, June 11, 2013

Hanya Bolasepak di Malaysia

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Hanya dapat ditemui di dalam bolasepak Malaysia ....

  1. Saban tahun pasukan pilihan Malaysia akan menentang pasukan kelab2 ... Ada ke meningkat pretasinya ... Memang
  2. Memanjang stadium penuh tapi padang di Stadium itu macam padang tadika ... Dan
  3. Selalu sangat tiket dijual melebihi kapasiti tempat duduk dalam Stadium ... Kau hengat perlawanan cap ayam ke !! Main suka2 biar masuk penonton ... Kau tak fikir ke boleh mengakibatkan malapetaka malah boleh runtuh stadium woi !!! Kalau itu terjadi sapa nak bertanggungjawab ?? Tipah tertipu lagi ...
  4. Jasa Jurulatih yang membawa Malaysia menang Piala AFF tidak boleh dilupai kerana itu
  5. Sentiasa mengenang jasa jurulatih , walaupun pretasi seburuk mana tetap disimpan
  6. Pemain yang membawa Malaysia menjuarai Piala AFF sentiasa ditimang-timang walau ... main bola macam tiada arah tujuan ... Malah ...
  7. Pemain yang hanya bermain 5 minit dalam waktu kecederaan boleh mewakili Malaysia LAGI !!
  8. Tiada agaknya di Malaysia pemain-pemain yang berbakat dan bagus selain pemain-pemain yang menjuarai Piala AFF yang lalu
  9. Pemain di Liga Malaysia ... Anda memang suka tengok orang lain cedera , patah dll ... Anda pemain bolasepak atau ahli martial art ... Patutlah ditakuk itu sahaja Malaysia ...
  10. Piala AFF adalah pertandingan peringkat Asia Tenggara sahaja ... Ulang Asia Tenggara ... Tapi kita meraikan macam PIala Dunia ... kikikiki ...
  11. Sebab itu ada pemain yang mudah lupa diri ... Perasan hebat macam Ronaldo ... Sebab itulah
  12. Pasukan Malaysia kalah dengan Palestin , pasukan yang padang bola pun entah ada ke tidak  malah ... dengan Iraq lagilah ...
  13. Badan Induk yang uruskan bola " Kita jangan sekali mempersoalkan kewibawaan mereka " walau macam mana buruk pun  pretasi Pasukan Malaysia ataupun pengurusan badan induk itu ... Buat letih ajer ...  
  14. Tiada sesiapa pun yang akan letak jawatan ... Walaupun tiada perubahan dalam pretasi Pasukan Harimau Malaya kita dalam 20 tahun ini ... Tanggungjawab siapa sebenarnya ... Rakyat ?? kakaakaa .... Rakyat juga sentiasa disalahkan ... Mentang2 kita tiada kuasa ....
Wassalam & また 

Monday, June 10, 2013

Semesta dua hari pertama ....

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...


Hari pertama untuk semesta kedua .... Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik untuk memulakan sesi p&p .... Semoga sensei akan terus bersemangat untuk melalui semesta kedua tahun ini  ... semoga diberi kesihatan yang baik dan emosi sensei juga dalam keadaan stabil ... ahahaah ....

Sentiasa dalam keadaan ceria dan bersabar ... Ikhlas dan amanah dalam menjalankan tugas sebagai pendidik dalam alaf baru ini ... Walau hari pertama sedikit tercemar kerana mendapat surat dari LHDN memohon membayar cukai yang sebelum2nya ... ( macam banyak sangat gaji cikgu ni ) ... ahahahah ...

Jauhkan dari sifat bongkak , takbur dan bermuka-muka .... Yalah kita ini manusia biasa ... Kadang kala tidak perasan yang kita ini bersifat bongkak , takbur atau bermuka-muka ... Jadi minta dijauhkan ....

Yosh ... Korekara gambatte kudasai .....

Wassalam & また 

Saturday, June 8, 2013

Bagaimana kesudahan Harimau Malaya kita

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Hari ini melihat keputusan pasukan negara jiran kita yang tewas 3-0 dengan pasukan Belanda dalam perlawanan persahabatan dan juga pasukan jiran kita yang menang 5-2 saya terpanggil untuk menulis mengenai isu bolasepak negara kita yang tercinta ... Jangan teruskan pembacaan topik ini jikalau anda bukan seorang yang boleh dikritik atau seorang yang boleh berfikiran terbuka ...