Monday, April 22, 2013

Memandu Ke Kuantan

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ..

Buat pertama kalinya sensei memandu sendiri ke arah Pantai Timur ... Walaupun hanya Bandar Kuantan ... Selepas sarapan nasi lemak berlauk telur mata kerbau kami pun bertolak . Tapi kena gi tukar bateri kereta dahulu ... Semalam semasa perjalanan balik ke rumah Bonda bateri kereta sensei macam dah bagi hint ... memang dah berbulan2 pusat servis suruh tukar bateri tapi mana ada bujet ... Pagi-pagi kedai bateri ni dah buka ... Sifat ini harus kita contohi kalau nak maju berniaga .... Fikir2kanlah bangsaku ...

Saturday, April 6, 2013

KUSESS P18 Juara MSSD Sofbol

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Tahniah ! Kita juara lagi ... P18 telah mengekalkan kejuaraan tiga kali berturu-turut ... Sensei rasa amat bangga ... Ini kerana hampir 80 % pemain hanya mengenali sukan sofbol itu semasa masuk ke sini ...
  
zanaasensei.blogspot.com
Doa sebelum perlawanan

zanaasensei.blogspot.com
P15 Picther sedang pitching

zanaasensei.blogspot.com
Fokus
Kerana itu sensei tidak menjangkakan pasukan ini akan mengekalkan kejuaraan ... Pemain yang hebat-hebat telah tamat sekolah jadi yang tinggal hanyalah pasukan junior ... Tujuan sebenar pasukan ini dihantar pun hanya untuk pendedahkan sebenarnya ... Tapi Alhamdulillah kita kekal menjadi juara ...